
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam sejahtera diucapkan kepada anda semua usahawan Etiqa Takaful Berhad.
Sempena pelancaran laman web baru WATAKMAS.my pada Sabtu 25 Julai 2009, saya
ingin mengucapkan selamat melayari laman baru ini. Laman ini bertujuan untuk
meningkatkan komitmen WATAKMAS terhadap anda sebagai ahli WATAKMAS yang amat
berharga.
Saya amat berbangga di atas komitmen anda dalam memajukan diri sendiri dan juga
syarikat yang diwakili. Tanpa anda, saya percaya syarikat tidak akan dapat
berkembang dengan begini pesat. Anda merupakan harta yang amat bernilai bukan
sahaja kepada agensi tetapi juga kepada syarikat yang anda wakili.
Untuk memastikan anda semua mendapat maklumat terkini berkaitan persatuan ini,
maka saya perkenalkan laman web ini sebagai satu wadah dalam merperkemaskinikan
anda dengan informasi terkini
Sekian, semoga anda terus berjaya di dalam perniagaan ini.
HAMZAH BIN KAMMAPU
Presiden
Persatuan Wakil Etiqa Takaful Malaysia
|