|
1. Wakil individu, syarikat dan sesiapa
sahaja yang berdaftar serta masih berkuatkuasa dengan Syarikat-syarikat Takaful
di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya layak memohon untuk menjadi ahli biasa.
2. Individu, syarikat dan sesiapa sahaja yang tidak berdaftar yang
berminat boleh juga menyertai persatuan ini sebagai Ahli Bersekutu. Ahli
Bersekutu ini tidak mempunyai kuasa mengundi dan tidak boleh memegang apa-apa
jawatan di dalam Persatuan.
3. Ahli biasa boleh memohon sebagai Ahli Seumur Hidup dan kedua-duanya
layak untuk mengundi dan diundi dalam Mesyuarat Agung. Bagi sesebuah syarikat ia
berhak melantik seorang wakil untuk mengundi dan diundi.
4. Setiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan
disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki
mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan
. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa
memberi sebab-sebabnya.
5. Setiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang
tersebut di atas hendaklah menjelaskan bayaran pendaftaran dan yuran tahunan
pertama seperti yang ditentukan untuk diterima menjadi Ahli Persatuan.
|