|
1. Bermula 1 Mac 2011, bayaran pendaftaran dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti
berikut:
|
A. |
Bayaran
Pendaftaran |
RM30
|
( Sekali Sahaja )
|
| B. |
Yuran Tahunan Ahli Biasa |
RM60
|
( Individu )
|
| C. |
Yuran Tahunan Ahli
Bersekutu |
RM120
|
( Individu )
|
| D. |
Yuran Tahunan Ahli
Bersekutu |
RM1,000
|
( Syarikat )
|
| E. |
Yuran Tahunan Koperasi
Berdaftar |
RM1,000 |
|
2. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Agung terlebih
dahulu dalam tempoh 30 hari dari hari pertama tiap-tiap tahun.
3. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2)
bulan dari tempoh 30 hari dari hari pertama tiap-tiap tahun akan menerima surat
peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung atau wakilnya dan hilanglah
hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
4.
Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga
bulan dari tempoh 30 hari dari hari pertama tiap-tiap tahun dengan sendirinya
terhenti daripada menjadi Ahli Watakmas dan Majlis Eksekutif Watakmas (MEW)
boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat
mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya
terlebih dahulu.
|