Daftar Masuk
  
    Sistem Maklumat Ahli
    Online Watakmas:

Username

Password

  
  Password?
spacer

Nota: Untuk Memasuki
Sistem Maklumat Ahli
Online Watakmas, anda
perlu menjadi
ahli Watakmas.
Sila klik di sini untuk pendaftaran ahli online.
Klik Login ke Email MEW
 

 Waktu Solat

Kuala Lumpur
[MALAYSIA]

  GMT   8
  Qiblat Direction   292° 31′ 16″
Prayer Time
  Imsak      6:00
  Subuh      6:10
  Syuruk      7:29
  Zohor      13:30
  Asar      16:50
  Maghrib      19:29
  Isyak      20:40
Waktu Solat ini dipetik dari e-solat.gov.my. Sila klik untuk lokasi lain.
 menjadi wakil?
- Hubungi Wakil
  Watakmas terdekat

- Belajar bagaimana
  jadi Wakil Takaful

- Lihat Jadual Waktu
  Peperiksaan Wakil
spacer
 Pautan

 

spacer
 Mutiara Kata
"Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh."
spacer
KHAMIS, 9 FEBRUARI 2012 THURSDAY, FEBRUARY 09, 2012  
Sekretariat WATAKMAS: 017-2151858 (Waktu Pejabat:Isn-Jum: 9.00am-5.30pm & Sab:9.30am-1.30pm)
Pemotongan komisen kali ke-2 yuran konvensyen DAN yuran keahlian WATAKMAS 2012 akan dibuat pada 22 Januari 2012.Terima kasih.
Pengenalan:
MAKLUMAT WATAKMAS



1.0 Apa itu WATAKMAS?

WATAKMAS ialah singkatan nama Persatuan Wakil Etiqa Takaful Malaysia. WATAKMAS didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Nombor Pendaftaran Pertubuhan WATAKMAS ialah PPM 1313.

2.0 Aktiviti Utama WATAKMAS

Aktiviti utama WATAKMAS ialah menjaga kebajikan dan kepentingan ahli-ahli Persatuan yang terdiri dari wakil-wakil (agen-agen) Etiqa Takaful. WATAKMAS adalah merupakan platform utama untuk menjaga kebajikan wakil-wakil Etiqa Takaful Berhad. WATAKMAS juga menjadi pengantara di antara wakil-wakil Takaful dengan Pengurusan Kanan Syarikat Etiqa Takaful Berhad.

3.0 Kepimpinan WATAKMAS

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan WATAKMAS memilih Ahli-ahli Jawatankuasa yang dikenali sebagai Majlis Ekskutif WATAKMAS (MEW) yang terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, dua orang Naib Presiden, tujuh orang Ahli Jawatankuasa dan seorang Pemeriksa Kira-kira. MEW kemudian akan melantik wakil-wakil negeri yang dipanggil sebagai Pengerusi-pengerusi Negeri.

4.0 Pendapatan WATAKMAS

Pendapatan kewangan WATAKMAS terdiri dari dua sumber:

a. Yuran ahli dan yuran tahunan.

b. Pendapatan daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

5.0 Huraian Logo WATAKMAS

a. Bentuk:

Huruf W: Wakil Pengendali Takaful.
Huruf M: Seluruh Malaysia.
Empat Segi: Demi Agama, Bangsa, Negara dan Ekonomi.

b. Warna:

Hijau: Industri Kewangan Berasaskan Islam
Putih: Ketelusan Menjaga Kepentingan Ahli
Emas: Karier Wakil Takaful Yang Cemerlang.

6.0 Program-program utama WATAKMAS

Di antara program-program utama WATAKMAS ialah:

a. Mengadakan majlis mesyuarat WATAKMAS dan Pengurusan Etiqa Takaful.

b. Mengadakan Konvensyen Tahunan WATAKMAS.

c. Menyatupadukan wakil-wakil Etiqa Takaful.

d. Menyediakan maklumat terkini dalam mempertingkatkan karier wakil takaful.

e. Menjadi jurucakap kepada kehendak wakil Etiqa Takaful.

f. Menjadi platform yang penting kepada semua wakil Etiqa Takaful.

g. Membantu Syarikat Etiqa Takaful Berhad dalam menghadapi isu dalam industri.

h. Bersama Syarikat Etiqa Takaful Berhad untuk meningkatkan khidmat tadbir baik industri.


  AKTIVITI
 
 
 
  KEMPEN
 
 
 
 AYUH BERSAMA
 
Mereka Berjaya!
Anda Boleh Berjaya
Seperti Mereka!